KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Jumaat dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati yang ketara di pasaran serantau.
Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.44 mata kepada 1,540.31 daripada paras 1,543.75, semalam.
Terdahulu, indeks pemacu pasaran itu dibuka susut 6.80 mata pada 1,536.95 dan bergerak dalam jajaran 1,533.80 hingga 1,539.00.
Pasaran meluas kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 481 berbanding 340 manakala 399 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,103 tidak diniagakan dan 38 kaunter lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 2.29 bilion unit bernilai RM1.16 bilion.
Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangkakan sentimen tempatan mungkin agak terjejas hari ini susulan prestasi semalaman Wall Street.
Berikutan itu, indeks utama itu dijangka bergerak dalam jajaran 1,540-1,550.
"Wall Street ditutup lebih rendah selepas pasaran mulai menerima impak daripada pengumuman indeks harga pengeluar yang ternyata mengatasi jangkaan, sekali gus mendorong peningkatan hasil Perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) pada 4.292 peratus.
"Susulan itu, purata Indeks Dow Jones turun 138 mata manakala Nasdaq merosot 49 mata," katanya kepada Bernama.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank, Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing naik 2.0 sen kepada RM9.67, RM4.25 dan RM6.89 manakala CIMB meraih 14 sen kepada RM6.58 dan Tenaga Nasional sebaliknya susut 8.0 sen kepada RM11.48.
Bagi saham aktif, Hong Seng dan TWL Holdings tidak berubah pada 1.5 sen dan 3.5 sen, Eversendai naik setengah sen kepada 33.5 sen dan Econpile menokok 1.5 sen kepada 45 sen.
Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas turun 11.90 mata pada 11,466.95; Indeks FBMT 100 susut 10.58 mata kepada 11,131.05; Indeks FBM Emas Shariah merosot 44.79 mata kepada 11,491.71; Indeks FBM ACE turun 31.79 mata pada 4,695.79 manakala Indeks FBM 70 naik 43.76 mata pada 15,626.89.
Prestasi mengikut sektor menyaksikan Perkhidmatan Kewangan turun 17.86 mata kepada 17,223.50 manakala Indeks Perladangan berkurangan 19.20 mata kepada 7,296.56, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.14 mata kepada 175.96, namun Indeks Tenaga naik 1.88 mata kepada 919.65.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 15 2024
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangkakan sentimen tempatan mungkin agak terjejas hari ini susulan prestasi semalaman Wall Street. - Gambar fail/Bernama
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
FBM KLCI di paras tertinggi sejak Mac MAC 2022, penurunan kadar dijangka dorong sentimen global
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 7.88 mata kepada 1,611.11 berbanding 1,603.23 semasa ditutup semalam, menandakan paras tertingginya sejak Mac 2022.
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Bursa Malaysia ditutup rendah, akhiri peningkatan dua hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 2.65 mata atau 0.17 peratus kepada 1,603.23 berbanding 1,605.88 semasa ditutup semalam.
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah tetapi berubah arah dengan cepat, dengan pelabur kekal aktif dalam pasaran menjelang data Indeks Harga Pengguna yang penting dari Amerika Syarikat.
Dagangan sekuriti MAHB digantung hari ini, tunggu pengumuman penting
Dagangan sekuriti Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), digantung dari 9 pagi hingga 5 petang pada Rabu sementara menunggu pengumuman penting.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, melepasi paras 1,602
Sokongan berterusan di peringkat tempatan membantu Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini walaupun prestasi serantau tidak begitu memberangsangkan.
Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas.